Seorang wanita ditemukan rentvng selepas rumah yang didiami terbakar di Kampung Tikolod, di sini, tengah malam tadi.
M4yat Norhabibah Awang, 30, ditemukan anggota bomba di bahagian ruang tamu rumahnya.
Sembilan lagi ahli keluarganya sempat keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky Dominic berkata, pihaknya menerima panggilan kecem4san itu pada 12.25 tengah malam.
Katanya, seramai sembilan anggota dikerah ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Tambunan.

Kebakaran membabitkan sebuah rumah yang terbakar 90 peratus dan operasi memadamkan segera dilakukan dengan menggunakan tangki jentera dan pili bomba terdekat.

Terdapat 10 penghuni di dalam rumah berkenaan dan seorang wanita dipercayai terperangkap sebelum m4yatnya ditemukan rentung di bahagian ruang tamu rumah berkenaan, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Desmond berkata, m4yat m4ngsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada jam 1.45 pagi selepas api dipadamkan sepenuhnya.
Punca kejadian sebenar kebakaran masih dalam siasatan pasukan bomba,” katanya. Al fatihah

0 Response to "Maafkn kami gagal selamatkn mu, ” Bibah rntung 9 keluarga selamat ”"
Posting Komentar