Remaja lelaki berumur 14 tahun lem4s selepas bermain banjir bersama adik lelaki di belakang rumahnya di Bandar Cheneh Baru di sini hari ini.
Pada kejadian pada jam 3 petang itu, mangsa, Muhammad Alimi Hashim,berumur 14 tahun, gagal diselamatkan walaupun menerima bantuan rawatan awal oleh pihak anggota bomba.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, sebelum kejadian, Muhammad Alimi dimaklumkan bermain di kawasan limpahan banjir sedalam 2 meter bersama adiknya.
“ketika sedang berseronok bermain, pelajar tingkatan 2 Sekolalah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh itu dikatakan tiba-tiba lem4s.
“Adik lelaki mangs4 sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing kawasan limpahan banjir untuk meminta bantuan,” katanya di sini hari ini.
Azman berkata, salah seorang kakak m4ngsa, Nurshahiza, berumur 21 tahun, berusaha menyelamatkan m4ngsa dengan terjun ke kawasan limpahan banjir itu tetapi turut hampir lem4s sebelum diselamatkan orang awam.
Beliau menambah, anggota bomba yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian dan telah memberi bantuan pern4fasan awal.
“Mangs4 kemudiannya telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh di sini sebelum pegawai perubatan bertugas mengesahkan remaja itu sudah men1nggal dunia.
“mangs4 telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pada semua amat ditekan kan diwaktu keadaan tidak menentu ini agar lebih berhati hati.
sumber-kosmo

0 Response to "SEORANG REMAJA LEMAS AKIBAT BERMAIN BANJIR…AL FATIHAH"
Posting Komentar