Dato’ AC Mizal Dɛdah Pernah Makan Tisu Bersama Kuah Roti Canai, Duit Dalam Bank Tinggal RM250 Saja


Pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal berkongsi satu kisah yang mungkin tidak ramai tahu ketika dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka, hampir 20 tahun lalu.

Jelasnya, fasa merupakan zaman suk4rnya di dalam kerjaya seni ketika itu.

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah. Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam bank akaun ada RM250 saja.

“Waktu ini boleh dikatakan saat saya j4tuh, di mana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.

AC bercerita mengenai perkara itu menerusi program hiburan terbaru, Media Hiburan Throwback episod pertama yang dihoskan Radin Era.

dɛdahnya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya itu secara pembɛdahan kerana mengalami s4kit bersalin lebih 12 jam.

“Ketika ini waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya s4kit mengandung lebih 12 jam. Bulan Ogos ketika itu, Allah SWT bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekali gus, tak tidur malam.

“Akan tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit pada hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja. Akan tetapi oleh kerana 12 jam s4kit, mahu tak mahu lakukan prosedur pembɛdahan. Bayaran berlakon pun masih banyak yang tak dapat lagi.

“Tidak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembɛdahan, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh yang berikan saya pinjam duit. Ketika ini memang sus4h betul.

“Ketika isteri meng4ndungkan ni, saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesus4han dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya sejurus Radin menunjukkan artikel lama yang merakamkan Emylia mendukung anak sulung di wad bers4lin.

Sementara itu, AC turut mengakui kehadiran anak-anak banyak membukanya pintu rezeki.

Komen Netizen:

“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang Dia lebih bukakan rezeki. Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya lagi.

BIODATA RINGKAS DATO’ AC MIZAL.

YH Dato’ Mizal Dato’ Zaini, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal (lahir 21 Disember 1971) ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen, penyampai radio dan ahli perniagaan Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, AC telah merakamkan album dan lagu, membintangi sejumlah filem dan siri televisyen, mengacarakan rancangan hiburan, bual bicara dan majlis anugerah.

Beliau memulakan kerjaya hiburan sebagai ahli kumpulan hip hop 4U2C yang meraih kejayaan pada 1990-an.

Kerjaya lakonannya bermula menerusi Roda-Roda Kuala Lumpur, namun paling dikenali menerusi watak Inspektor Mazlan dalam Gerak Khas yang merupakan siri drama TV paling lama bersiaran, seterusnya membintangi filem pertama, Bara (1999).

Beliau melancarkan album solo pertamanya, Tassamaqu (2004). Antara filem-filem terkenal beliau ialah siri filem Gerak Khas (2001–2002), Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Cicak-Man (2006), My Spy (2009) dan Abang Long Fadil 2 (2017).

AC telah menerima pelbagai anugerah dalam televisyen, filem dan muzik termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Lawak Warna dan Anugerah MeleTOP Era.

KEHIDUPAN PERIBADI.

AC Mizal telah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertama beliau ialah bersama Shafnie Zainuddin pada 24 Jun 1995, dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman. Pasangan itu bercerai pada 17 Oktober 2001.

Beliau kemudian berkahwin dengan bekas pelakon dan model, Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002, melalui perkahwinan keduanya ini, AC dikurniakan dua lagi anak, iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Bapa beliau, Datuk Zaini Md. Hashim merupakan seorang Ketua Polis Muar, meninggal dunia pada 29 Mac 2014.

Sumber MH.

0 Response to "Dato’ AC Mizal Dɛdah Pernah Makan Tisu Bersama Kuah Roti Canai, Duit Dalam Bank Tinggal RM250 Saja"

Posting Komentar