“Isteri Saya Tak Suk4 Barang Kemas, Satu Pun Tak Nak Pakai” -Aliff Syukri


Sudah menjadi lumrah wanita sukakan kecantikan lebih-lebih lagi perhiasan barang kemas. Malah, ada yang mengumpul barang kemas hingga mencecah ribuan ringgit.

Bagaimanapun, berbeza dengan isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida yang kur4ng gemar memakai barangan kemas.

Baru-baru ini, Aliff ada berkongsikan posting di Instagram memaparkan video bersama pelakon Ifa Raziah dan usahawan Kak KM yang menunjukka perhiasan emas mereka.

Dapat dilihat perhiasan emas yang dipakai kedua mereka besar belaka dan memang banyak. Shahida yang berada di dalam video turut terkejut apabila kedua mereka berkongsikan harga emas yang dipakai.

Sementara itu, menerusi kapsyen Aliff berkata jika dia perempuan sudah pasti tidak mahu kalah dengan mereka berdua untuk memakai barang kemas.

Dalam pada itu, apa yang lebih menjadi perhatian penampilan Shahida yang kelihatan manis berbaju kurung meskipun tidak memakai sebarang barang kemas.

Sumber: Cari Forum Via RotiKaya.Com

0 Response to "“Isteri Saya Tak Suk4 Barang Kemas, Satu Pun Tak Nak Pakai” -Aliff Syukri"

Posting Komentar