Seorang pakcik yang menjual Air Freshener berharga Rm 15 telah tular di Facebook beberapa ketika lalu. Pakcik yang lebih mesra dipanggil Pakcik Didi ini akan mula berniaga seawal subuh sehingga ke petang.
Ketika ditemui oleh Mr.Bie ( Youtuber ), pakcik Didi sedang mundar mandir mencari pelanggan. Melihat jualannya yang masih banyak, Mr.Bie telah memborong kesemuanya.
Terharu jualannya habis diborong, pakcik menceritakan mengenai hajatnya untuk menunaikan haji dengan duit hasil jualannya.
Jom baca perkongisan ini :
Sebenarnya, ramai kawan² yang tag, mesej saya tentang seorang Pakcik yang berniaga minyak wangi / air freshner berhadapan Pasaraya Sthamin, Hill Top.
Alhamdulillah rezeki hari ini dapat berjumpa dengan Pakcik Didi, sang penjual minyak wangi ditemani rakan² Tawau Foldies Society , lepas menziarahi rumah asnaf yang baru dibina dan disiapkan oleh Ust Rahmat dan tim, alhamdulillah. ( Kisah pasal rumah akan kita kongsikan pada post akan datang, insha Allah )
Kawan² yang lalu sekitar sini bolehlah bantu pakcik ni dgn membeli jualannya dgn kadar mampu kita. Tak rugi! Kenapa? Walaupun pewangi yang dijual oleh pakcik agak sedikit mahal berbanding kita beli di tempat lain, bila dgr azam yg ingin dibuat dari keuntungan pakcik ni..masha Allah, hati terus jadi tenang dan kagum..terus kita beli semua! Alhamdulillah..
Sempat lagi beliau menyampaikan dakwah kpd kami..
Terima kasih semua yang terus membantu misi² kecil kita.
Video penuh :
MasyaAllah, Semoga Allah perkenankan hajat pakcik Didi.
Sumber : Mr.Bie & Vitaminbae




0 Response to "Jual Air Freshener, Nak Naik Haji!"
Posting Komentar