Mufti Perlis Cakap Berd0sa Bela Pihak Yang S4lah, Peguam Ni Jawab Balik Dr. Maza.”pendapat yang tidak adil serta menjadi fitn4h kepada profesion undang-undang”


Mufti Perlis Cakap Berd0sa Bela Pihak Yang S4lah, Peguam Ni Jawab Balik Dr. Maza.”pendapat yang tidak adil serta menjadi fitn4h kepada profesion undang-undang”

MUTAKHIR ini, rata-rata masyarakat sama ada dalam mahupun luar media sosial didedahkan dengan laporan kes mahkamah yang menjadi tumpuan kerana melibatkan kepentingan awam ataupun individu yang dikenali ramai. Perkara ini mengundang kepada ulasan terhadap kes mahkamah, yang mana kebanyakannya dibuat oleh individu yang bukan berlatarbelakang undang-undang, apatah lagi mempunyai pengetahuan mengenai sistem perundangan dan kehakiman negara.

Lebih merisaukan apabila pihak yang mengulas itu adalah di kalangan yang mempunyai ramai pengikut seperti selebriti, artis, instafamous dan tidak kurang juga berstatus ustaz serta agamawan. Antara kes yang menjadi buah mulut ketika ini adalah melibatkan pend3raan kanak-kanak istimewa (OKU) oleh seorang pengasas rumah kebajikan.

Dalam isu ini rata-rata netizen meng3cam barisan peguam yang mewakili tertu.duh. Hari ini pula, saya membaca satu ulasan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang menyatakan, peguam mewakili pihak yang bersalah adalah berd0sa serta wang bayaran yang diterima menjadi sumber h4ram.

Lebih p4rah apabila wang yang dikatakan diterima daripada anak guam sebegini dikatakan lebih hin4 daripada hasil pe4curan. Pandangan ini saya anggap sebagai sesuatu pendapat yang j4hil, tidak adil serta menjadi fitn4h kepada profesion undang-undang.

Sebagai seorang peguam beragama Islam yang menjalankan amalan guaman secara khusus dalam perundangan jen4yah, saya merasa terpanggil untuk menjawab dan menjelaskan bukan sahaja kepada Mufti berkenaan, tetapi juga kepada masyarakat supaya faham peranan peguam dalam sesuatu kes jen4yah di mahkamah.

Dalam suatu kes jen4yah yang dibicarakan di mahkamah di mana-mana peringkat mahkamah sekalipun, akan terdapat tiga pihak yang berperanan penting dalam menentukan agar semua pihak mendapat keadilan sewajarnya. Tiga pihak itu ialah mahkamah yang diwakili oleh Hakim atau Majistret, Pendakwa Raya yang mewakili kerajaan atau m4ngsa dan Peguambela yang mewakili tertu.duh.

Keadilan yang dicari dalam sesuatu perbicaraan mahkamah bukan sahaja keadilan terhadap m4ngsa, tetapi juga keadilan terhadap tertu.duh. M4ngsa atau kerajaan akan diwakili oleh seorang atau sepasukan Pendakwaraya yang berperanan untuk mengemukakan bukti dan saksi bagi mengasaskan kes terhadap tertu.duh.

Pendakwaraya merupakan seorang yang berlatarbelakang undang-undang serta berpengalaman dalam membuktikan elemen dalam sesuatu kes4lahan jen4yah. Adalah tidak adil bagi seseorang tertu.duh yang tidak tahu undang-undang untuk membela diri mel4wan seseorang Pendakwaraya yang tahu selok-belok undang-undang.

Atas sebab itulah tertu.duh akan mendapatkan khidmat peguam bagi mewakili mereka di mahkamah dan menjadi jurucakap bagi pihak mereka dalam perbicaraan. Dalam prosiding di mahkamah, saya lebih gemar dan merasakan lebih tepat bagi menggunakan istilah mewakili tertu.duh, bukannya memb3la tertu.duh.

Peguambela bertindak untuk menyampaikan apa-apa bukti dan memanggil saksi bagi pihak tertu.duh. Pada masa sama, peguambela juga berperanan menyemak saksi pendakwaan dan bukti yang dikemukakan oleh Pendakwaraya bagi memastikan tiada apa-apa keraguan terhadap kes yang dikenakan terhadap seseorang tertu.duh.

Apabila kedua pihak diwakili oleh seseorang yang mahir dan faham undang-undang, maka tidak akan wujud penin.dasan terhadap mereka. Tidak akan ada bukti dan fakta kes yang tercicir daripada dikemukakan kepada mahkamah untuk dinilai.

Peguambela bukanlah membela anak guam supaya terlepas hu.kuman, tetapi untuk memudahkan proses perbicaraan dengan mewakili tertu.duh yang tidak tahu undang-undang. Dengan cara ini, keadi.lan dapat diberikan kepada semua pihak.

Satu prinsip berkenaan peranan peguam telah dijelaskan dalam satu kes terkemuka, Rondel vs Worsley (1969), yang mana mahkamah menyatakan bahawa, “Lawyers are ultimately officers of the Court and are not their client’s mouthpiece” yang bermaksud peguam adalah sebahagian daripada pegawai mahkamah, bukannya jurucakap anak guam semata-mata.

Kerana itulah ada juga peguam yang hebat, berpengalaman dan terkenal, namun tertu.duh tetap kalah dalam perbicaraan.

Kehebatan peguam bukan menjadi ukuran dalam menentukan k4lah menang sesuatu kes. Cuma secara lazimnya, peguam lebih berpengalaman tidak akan cu4i atau terlepas pandang semasa mengemukakan fakta kes mewakili tertu.duh.

Setelah segala bukti dan saksi dikemukakan oleh kedua pihak kepada mahkamah, adalah menjadi peranan Hakim atau Majistret untuk menilai serta menentukan sama ada elemen kesalahan jen4yah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Seandainya elemen jen4yah ada yang terkurang dan g4gal dibuktikan, maka tertu.duh akan dilepaskan dan dibebaskan daripada pertu.duhan. Namun, sekiranya elemen jen.yah berjaya dibuktikan dan peguambela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah, mahkamah akan diteruskan kepada prosiding seterusnya iaitu mempertimbangkan hukuman terhadap tertu.duh.

Dalam prosiding ini pihak berkenaan boleh mengemukakan faktor pemberatan iaitu untuk hu.kuman lebih berat melalui pendakwa raya dan faktor mitigasi yang akan dikemukakan oleh peguambela untuk meringankan hukuman.

Sekali lagi Hakim atau Majistret akan mempertimbangkan kedua-dua faktor dalam menentukan hukuman paling adil kepada tertu.duh bukan sahaja mengambil kira man.gsa dan tertu.duh, tetapi juga kepada kepentingan awam dan masyarakat.

Saya percaya, menjadi prinsip asas juga kepada Maqasid Syariah dalam perundangan jenayah Islam bahawa seseorang hakim adalah lebih baik tersil4p memaafkan tertu.duh yang bers4lah daripada tersilap menghu.kum tertu.duh yang tidak bers4lah.

Saya juga percaya, dalam Islam seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan berjaya dibuktikan sebaliknya. Dalam mana-mana keadaan sekalipun prinsip ini sewajarnya diangkat menjadi asas kepada sistem perundangan yang adil bukan sahaja kepada m4ngsa, tetapi juga kepada orang yang ditu.duh.

Dengan memahami sistem kehakiman dan perundangan jen4yah, saya percaya tidak wajar wujudnya salah faham dan persepsi negatif oleh masyarakat terhadap peguam. Ulasan bersifat emosi yang dibuat oleh bukan ahli dalam bidang perundangan sewajarnya ditolak dan tidak dijadikan asas kepada sesuatu pandangan lebih-lebih lagi pandangan seorang Mufti.

Saya nasihatkan mana-mana individu terutama yang mempunyai ramai pengikut, tidak mengulas isu yang bukan dalam bidang mereka kerana dikhu4tiri menjadi pegangan kepada pembaca dan pengikut meskipun ianya dibuat dalam keadaan j4hil, seterusnya menjadi fitn4h yang memud4ratkan masyarakat.

Saya menghormati dan menghargai peranan Datuk Mufti dalam menyampaikan dakwah di pelbagai saluran media yang moden. Saya berdoa kepada Allah agar Dr Mohd Asri dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik agar dapat meneruskan dakwah dan menyebarkan ilmu demi kebaikan seluruh umat Islam di negara ini.

Sumber: http://limauasamboi.pw

0 Response to "Mufti Perlis Cakap Berd0sa Bela Pihak Yang S4lah, Peguam Ni Jawab Balik Dr. Maza.”pendapat yang tidak adil serta menjadi fitn4h kepada profesion undang-undang”"

Posting Komentar