Mungkin ramai di antara kita pernah mengikuti video-video dakwah ulama Indonesia ini.
Ustaz Abdul Somad bepengetahuan luas, bernas dan tɛgas. Penyampaian ceramahnya yang diselang selikan dengan hum0r membuatkan ia menarik dan tidak b0san untuk diikuti.
Baru-baru ini ulama kelahiran Asahan, Sumatera Utara itu dih4lang memasuki negara jiran, Singapura.
Menurut laporan Tempo, Kementerian Dalam Negeri Singapura menjelaskan punca Abdul Somad ditol4k daripada masuk ke negaranya kerana dianggap pel4mpau.
Kementerian Dalam Negeri Singapura mengesahkan Abdul Somad tiba di Terminal Feri Tanah Merah dari Batam bersama enam individu pada Isnin, 16 Mei 2022.
Selepas ditemu bual oleh pegawai, kumpulan pendakwah itu ditol4k masuk.
“Abdul Somad terkenal kerana menyebarkan ajaran ekstrɛmis dan pengasingan yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura,” kata Kementerian Dalam Negeri republik itu dalam satu kenyataan.
Kerajaan Singapura memberi contoh kenyataan Abdul Somad yang dianggap ekstrɛmis berkaitan pengeb0man berani m4ti adalah sah dalam konteks konflik Isr4el-Palest1n.
“Beliau juga membuat komen mengh1na tentang ahli komuniti agama lain seperti Kr1stian, dengan menyifatkan salib Kr1stian sebagai tempat tinggal “j1n kaf1r”. Selain itu, Somad secara terbuka menyebut orang bukan Islam sebagai kaf1r,” katanya.
Pendakwah itu turut didakwa Singapura cuba memasuki negara itu dengan berpura-pura untuk lawatan sosial.
“Kerajaan Singapura memandang serius sesiapa sahaja yang menyokong keg4nasan dan/atau meny0kong ajaran ekstrɛmis dan pengasingan,” katanya.
Difahamkan, setiap pelawat tidak boleh memasuki Singapura secara automatik dan perlu dinilai terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Abdul Somad dalam satu temu bual menceritakan insidɛn yang berlaku kepada dirinya dan keluarga ketika ditahan pihak berkuasa terbabit.
Katanya, pihak berkuasa Singapura tidak mengendahkan permintaannya untuk berbincang bagi menyelesaikan permasalahan.
Malah bapa kepada tiga cahaya mata itu turut dit4han di dalam sebuah bilik sɛmpit selama satu jam.
“Saya dimasukkan ke dalam satu ruangan umpama liang lahad… satu jam saya di ruang kecil itu barulah digabungkan di ruang yang ramai bersama yang lain,” katanya kepada Tempo.
Terdahulu, Abdul Somad difahamkan, terdahulu UAS pernah dih4lang masuk di lima buah negara iaitu China, Timor Leste, Switzerland, Jerman dan United Kingdom.
BIODATA USTAZ ABDUL SOMAD.
1 – Dr Abdul Somad atau dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad Batubara lahir pada 18 Mei 1977.
2 – Memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian Ilmu Hadis dari Universiti Islam Omdurman, Sudan.
3 – Beliau dikenali ramai kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk mengenai keagamaan, khususnya kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam/ilmu fiqah.
4 – Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk yang sohor kini dalam dalam masyarakat tempatan.
5 – Abdul Somad mempunyai puluhan buku yang ditulis dan karya terjemahan Arab kepada bahasa Indonesia.
6 – Beliau pernah menerima gelaran Datuk Seri Ulama Setia Negara daripada Lembaga Adat Melayu Riau. Anugerah Tokoh Daie Nusantara diperolehinya pada tahun 2019 adalah daripada kerajaan Kelantan.
7 – Pendakwah itu pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan menganggotai majlis ulama di beberapa institusi seperti berikut:
• Pensyarah Bahasa Arab di Pusat Bahasa Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau.
• Pensyarah Tafsir dan Hadis di Kuliah Antarabangsa, Fakulti Usuluddin, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
• Pensyarah Agama Islam di Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Azhar, Yayasan Masmur, Pekanbaru.
• Anggota Majelis Ulama Indonesia, Provinsi Riau, Komisi Pengkajian dan Keorganisasian, sesi 2009–2014.
• Anggota Badan Amil Zakat Provinsi Riau, Komisi Pengembangan, sesi 2009–2014.
• Setiausaha Lembaga Bahtsul Masa’il Nahdlatul Ulama Provinsi Riau, sesi 2009–2014.
• Profesor Pelawat di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam, sesi 2020-2021.
Sumber SinarPlus.





0 Response to "Dakwaan Ekstrɛmis Punca Dih4lang Masuk Singapura & Biodata Lengkap Ustaz Abdul Somad"
Posting Komentar