Duit raya Bilal cecah RM14,000, netizen terkejut – “Sama macam saving aku..”


Perkara tersebut dikongsi Neelofa menerusi satu muat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dia dan suami sedang mengira duit raya dari sampul diterima anaknya yang berusia empat bulan itu.

Kali pertama menyambut Aidilfitri tahun ini, anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal mendapat duit raya sebanyak kira-kira RM14,000.

Alhamdulillah terima kasih!

Menerusi rakaman berdurasi 45 saat itu, Haris yang juga pendakwah bebas mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan duit raya pada Bilal.

“AJazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada duit 1000 Dirham.
“Jadi Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” kata pendakwah berusia 27 tahun itu.

Meninjau ke ruangan komen, video berkenaan sudah meraih 1.1 juta tontonan dan lebih 3,000 komen netizen yang meluahkan rasa teruja apabila melihat jumlah kutipan duit raya tersebut.

Rata-rata membandingkan duit raya diterima mereka dengan Muhammad Bilal yang diibaratkan seperti ‘langit dan bumi’, malah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak mencapai jumlah tersebut.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu menegur pasangan itu agar tidak perlu menunjuk-nunjuk rezeki diperoleh kerana boleh mendatangkan sifat riak.

Ustaz cakap jangan menunjuk-nunjuk

Duit raya tayang, muka anak risau pulak?

Hebat, aku sekeping pun tak dapat

Duit raya dia sama macam simpanan kami

Untung ibu bapanya terkenal, kaya2 semua!

Alhamdulillah rezeki Bilal

Sumber: TikTok Neelofa

0 Response to "Duit raya Bilal cecah RM14,000, netizen terkejut – “Sama macam saving aku..”"

Posting Komentar