Isu pender4an dan pengab4ian terhadap kanak-kanak di Malaysia bukanlah satu perkara yang baharu, malah jenayah ini sudah berlaku sejak sekian lama.
Seperti tidak berkesudahan, saban hari sana sini sentiasa ada kes pendɛr4an terhadap golongan kanak-kanak.
Samada di rumah pengasuh atau taska mahupun paling sɛdih anak dider4 oleh ibu bapa sendiri di dalam rumah!
Seperti kejadian yang berlaku di Johor ini. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dipercayai dider4 oleh guru taska.
Menerusi satu video yang tular, kelihatan telinga kanak-kanak perempuan itu ditarik dan mukanya juga ditɛkup menggunakan bantal. Kej4mnya!
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, berikut info berkaitan kes tersebut:
1. Guru taska berusia 24 tahun itu ditahan di tepi jalan di Jalan Putih, Skudai, Johor, bagi membantu siasatan.
2. Suspɛk dipercayai melakukan perbuatan der4 terhadap mangsa.
3. Polis menerima satu laporan daripada ibu m4ngsa bahawa anak perempuannya dider4 di taska asuhannya yang beralamat di Tampoi, Johor.
4. M4ngsa yang berusia empat tahun itu merupakan seorang kanak-kanak yang hiper4ktif dan mempunyai masalah lambat bertutur, di mana taska berkenaan merupakan pusat jagaan bagi kanak-kanak normal dan juga kanak-kanak khas.
5. Berdasarkan satu video yang tular, suspɛk dipercayai menarik telinga m4ngsa dan juga menekup muka mangsa menggunakan bantal.
6. Pemeriksaan dibuat pegawai perubatan di Hospital Sultanah Aminah mendapati m4ngsa mengalami kesan leb4m di bahagian telinga kanan dipercayai akibat diderɛ.
7. Suspɛk kini dikenakan tahanan reman selama tujuh hari manakala kɛs disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
8. Dalam pada itu, Rupiah turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi polis di talian 07-5563122 bagi membantu si4satan.
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa memilih taska yang bagus dan sesuai dengan anak mereka bagi menjamin keselamatan dan keselesaan anak sepanjang peninggalan ke tempat kerja. Namun, untuk memilih taska yang berkualiti bukanlah perkara yang mudah.
Ini panduan ibu bapa untuk memilih taska:
1. DIDAFTARKAN.
Perkara utama yang perlu dititik beratkan ialah memastikan taska tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk pengetahuan, syarat utama untuk menubuhkan taska ialah pengusaha perlu mendaftar dengan tiga agensi kerajaan yang utama iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan.
Sebagai ibu bapa, anda mempunyai hak untuk meminta salinan pendaftaran perniagaan mereka. Setelah mendapat salinan tersebut, semak dengan Jabatan Kebajian Masyarakat. Dengan ini, ibu bapa bukan sahaja dapat memastikan status pendaftaran, malah secara tidak lansung mendapat infomasi mengenai latar belakang dan prestasi taska tersebut
2. KESELAMATAN.
Keselamatan juga merupakan faktor utama dan penting yang perlu diambil berat. Ibu bapa perlu memerhatikan faktor keselamatan di dalam dan luar taska. Di luar taska, pastikan kedudukan taska agak jauh dari jalan raya dan tidak terletak persimpangan yang sibuk atau jalan utama.
Perlu dipastikan sekiranya taska ditempatkan dalam bangunan bertingkat seperti rumah dua tingkat, ia mempunyai dua tangga bagi keselamatan iaitu di dalam dan diluar premis. Kebiasaannya, sebelum mendaftar, pihak taska akan membenarkan ibubapa untuk meninjau persekitaran taska. Persekitaran mestilah bersih, selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.
3. JUMLAH KANAK-KANAK.
Jumlah kanak-kanak di dalam taska juga perlu diambil perhatian. Jumlah kanak-kanak yang terlalu ramai pastinya mengund4ng rasa tidak selesa. Tidak dinafikan, terdapat pengusaha taska yang terlalu mengɛjar keuntungan dengan menerima ramai kanak-kanak sehingga menepikan soal keselesaan.
4. BERPENGALAMAN.
Ibu bapa mempunyai hak untuk meminta kepastian mengenai kelayakan pengasuh. Seperti yang telah ditetapkan oleh JKM, pengasuh perlu mengikuti dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak bagi melayakkan seseorang itu menjadi pengasuh. Namun, pada masa kini, telah banyak pusat pengajian yang menyediakan kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak yang mana dapat menaik taraf seseorang pengasuh itu. Pengasuh yang terlatih dan mempunyai kelayakan amat penting kerana dengan latihan dan pengalaman yang mereka ada ditambah dengan ilmu dalam bidang kanak-kanak, pastinya pendekatan yang digunakan semasa mengasuh adalah berbeza.
5. PEMAKANAN SEIMBANG.
Menu yang disediakan oleh pihak taska juga perlu diambil berat. Bukan sahaja untuk memastikan makanan yang disediakan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan, apa yang lebih penting, makanan yang disediakan mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kanak-kanak.
6. PROGRAM TASKA.
Selain itu, ibu bapa juga perlu mendapatkan dan mengenal pasti aktiviti dan program pengajaran di taska tersebut. Tidak salah sekiranya ibu bapa bertanya dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang disediakan bagi memastikan anak-anak didedahkan dengan ilmu yang berfaedah, bukan hanya bermain semata-mata.
Sumber Jabatan Kebajikan dan Masyarakat.





0 Response to "Kanak-Kanak Ditɛkup Muka Guna Bantal, Guru Taska Di Johor Ditáhan"
Posting Komentar