“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Ustaz kazim elias rayu bantuan ubati penyakit pelik yang dia alami


Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi laman Facebook peribadinya sebentar tadi.

Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias rayu kepada orang ramai untuk membantu mengubati penyakit yang ditanggungnya sekarang.

“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” tulisnya di laman Facebook.

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan yang sedang dialami dibahagian tangannya.

Perkongsian berkenaan turut menerima ribuan komen daripada pengikutnya di laman facebook.

Rata-rata natizen meluahkan rasa simpati dengan penderitaan yang sedang dihadapi beliau  yang banyak berjasa kepada umat Islam di negara ini.

Malah, mereka turut berdoa kepada yang Maha Esa supaya segala ujian yang dihadapinya diangkat dan diberikan kesembuhan dengan segera.

Antara Reaksi Natizen :

Semoga diberikan Kesembuhan

Semoga Dipermudahkan segala urusan 

Semoga ada insan yang mampu merawat ustaz

Semoga Ustaz Kazim Elias disembuhkan daripada penyakit yang beliau hadapi ketika ini

0 Response to "“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya, tolonglah. Ustaz kazim elias rayu bantuan ubati penyakit pelik yang dia alami"

Posting Komentar