(video) “Setiap kali video 5 sahabat ni keluar, sis akan menangis” Video Rakan Iring Jenazah Naik Motor Bikin Ramai Sebak
Kem4langan ngeri yang meng0rbankan 5 sahabat di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara masih lagi menjadi perbualan ramai.
Setakat ini dua jenazah telah selamat dikebumikan dan tiga lagi jenazah telah di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
Jenazah mangsa disolatkan di Masjid USAS

Jenazah Allahyarham Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 dan Ahmad Akmal Bin Ahmad Mokhlis telah dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
Sebelum bergerak pulang, kedua-dua jenazah telah disembahyangkan di Masjid Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan kehadiran jemaah dikatakan menyamai kehadiran sewaktu solat Jumaat.
Rakan2 iringi van jenazah naik motor

Namun begitu, menerusi satu video yang dikongsikan salah seorang daripada rakan Allahyarham Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan telah membuatkan warganet sebak melihat semangat setia kawan mereka.
Beberapa motosikal yang juga rakan kepada Allahyarham telah mengiringi van jenazah yang membawa mangsa dari Masjid USAS sehingga memasuki tol Kuala Kangsar sebagai tanda penghormatan terakhir kepada allahyarham.
lihat video
Pemergian yang cukup meruntun jiwa
Perkongsian tersebut nyata telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen dengan mengakui sebak dengan situasi sayu itu.
Sehubungan dengan itu, mereka mendoakan agar roh 5 sahabat ini terus dicucuri rahmat kerana pemergian mereka telah ditangisi seluruh rakyat Malaysia. Salam takziah buat ahli keluarga.





Sumber: TikTok @nxbxlzz via ohmymedia

0 Response to "(video) “Setiap kali video 5 sahabat ni keluar, sis akan menangis” Video Rakan Iring Jenazah Naik Motor Bikin Ramai Sebak"
Posting Komentar