“ABANG SAYA MENG̷ANDUNG”. SUAMI H̷ANYA B̷ALAS, PAD̷AN MUK̷A. AKU DAH TAHU EPIS0D Y̷ANG SAMA AKAN BERUL̷ANG

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebenarnya aku nak peram je kisah ni, tapi imbasan memori lalu yang suram ni asyik berlegar je di kepala.

Aku mahu je berdamai dengan kenangan lalu dan mampu melupakan saja namun aku mahu juga kisah ini dikongsi sebagai secebis kisah hidup masyarakat..

Rezeki berkahwin melalui orang tengah setelah banyak episod tak menjadi dengan calon sebelumnya. Terima jelah yang datang merisik sebab dah tekad nak kahwin sebelum usia 30. Jadi waktu tu usiaku 30 dan suami 25.

Perkahwinan yang dimudahkan. Bertunang sekadar keluarga dia dan keluargaku sahaja dengan wang hantaran ikut kemampuan kerana dia tiada kerja tetap. Aku ada kerja waktu ni..

Kenduri yang sangat sederhana kerana kami memilih tak mahu berbalas dulang hantaran dan tiada pelamin. Sekadar ada makan beradap bawah kemah..

Tapi, rupanya aku kuat cemburu… Aku pilih majlis sederhana kerana dia kata keluarga tak suka adat pelamin, bahkan bergambar pun dia tak suka..

Bayangkan pengantin perempuan je asyik bergambar sorang sorang nak beromantis sikit dengannya depan kamera tiada…

Tetapi bila adiknya kahwin selepas kami. Haaaa… Boleh je ada pelamin, hantaran dan bergambar posing macam macam… Jadi, aku rasa cemburu kenapa kami dulu tak dapat buat begitu…

Lagi cemburu sebenarnya… Masa dia kahwin denganku dia sedang bercinta dengan orang lain… Kahwin denganku atas pilihan keluarga bukan dia. Keluarganya tak suka pilihan dia yang kurang didikan agama dari segi pakaian walaupun lebih cantik.

Semua ni Allah tunjuk satu persatu… Bermula dari aku sedar dia berbual manja di telefon, sehingga aku cek hp, fb, ternyata jumpa banyak bukti hubungannya dengan wanita lain.

Bahkan dia ada menulis pm dengan sepupunya kata makwe dia lagi cantik dari isterinya. Bermula episod dukaku. Sedar diri tak disayangi.. bagai melukut di tepi gantang…

Aku menangis, aku dingin. Tapi aku tak tanya dia, tak beritahu cemburu aku… Tapi aku mula benci dia. Sebelum ada anak lagi aku dah berhasrat nak bercerrai, lebih baik dari dah ada anak nanti.

Kami diuji 2 tahun tiada anak, memang terasa tengok adik kakak dah dapat baby baru..

Ada yang hadiahkan aku buku kuasa solat hajat dengan bingkisan testimoni kisah yang dapat hasil selepas solat hajat. Lepas aku betul betul tawakal dan solat hajat aku mengandung.

Sebenarnya hampir setiap bulan cek mengandung dengan alat yang dibeli di farmasi tu, kadang kadang lambat datang bulan tetap negatif.

Waktu tu aku lambat datang bulan tapi tetap berharap, test di tandas, berdoa juga tapi tak yakin sangat sebab tak mahu kecewa sangat… Jadi bila line alat tu ada dua… Aku tengok betul betul bukan mimpi kan… Sah, ada.

Perasaan tu sangatlah berbunga. Segera jumpa suami yang sedang lepak di katil dengan hpnya… Pandang matanya, senyum… “Insya-Allah abang nak jadi ayah…”

Tahu tak apa reaksinya. Kosong. Pandang kita pun tak ada, kata alhamdulillah pun tak ada. Aku kehilangan perasaan… Aku berlalu…

“Tak apalah sayang, ayah tak suka”… Aku usap perut. Bermulalah fasa membawa anak dalam kandungan yang hanya aku… Suami buat tak tahu tak mahu ambil tahu.. mabuk ke mengidam ke klinik ke, pandailah sendiri.

Bila dah sarat aku mencari barangan baby sorang diri, gembira juga pertama kali cari kelengkapan baby. Tapi aku cemburu lihat pasangan lain ditemani suami isteri…

Jangan tak tahu rupanya waktu mengandung pun rasa nak bercerrai. Tidak hairanlah kenapa ada yang dicerraikan waktu mengandung…

Waktu dah sakit nak bersalin pun dia masih buat tak endah. Suruh dia bawa ke hospital waktu malam tu, boleh dia kata tunggu pagilah. Aku terpaksa mengamuk dan dia pun bawa. Sedikit tak terkesan isteri sakit nak bersalin.

Waktu nak bersalin aku tak mahu suami teman. Aku sakit hati dengan sikapnya. Aku teran sendiri. Tapi rupanya susah nak keluar… Aku mula fikir dosa aku dengan suami.. aku takut…

Akhirnya kuasa Allah mampu juga anak sulung lelaki itu dilahirkan normal. Syukur sangat aku dah ada zuriat.

Dalam pantang pun dia tak ambil peranan. Aku berpantang dengan ibuku.

Besar sangat jasa pengorbanan ibu kandungku, menjagaku dan baby dalam pantang, makan terjaga, dicari orang urut, dia yang urus rumah.. aku rasa tak mahu bersalin lagi sebab tak mahu susahkan ibuku.

Tapi aku masih bertahan dengan suamiku sehingga dapat anak kedua. Tak sangka pula cepat lekat yang kedua sebab anak sulung belum setahun… Tapi, bila tahu mengandung anak kedua aku kurang teruja, macam tertekan pula.

Sudahlah ragam anak pertama ayah tak membantu sangat..

Bila dikhabarkan pada suami, “abang saya mengandung”. Dia kata, padan muka. Rasa nak lempang je dia kan. Tapi aku dah lali dan aku tak ambil hati sangat. Aku dah tahu episod yang sama berulang.

Sendiri ke klinik dan dia langsung tak ambil tahu. Yang dia tahu hp. Ternyata ada perempuan lain. Aku tak tahulah kalau dia ada buat benda haram dekat luar sana.

Dipendekkan cerita akhirnya aku minta cerrai. Dia ceraikan aku. Urusan cerrai di mahkamah dari bayar dan ambil sijil aku sorang je.

Aku masih cemburu lihat kenapa ada pasangan yang bercerrai masih mampu pergi pejabat agama sama sama.

Masih sepakat pun bercerrai, aku yang susah nak sepakat dengan perangai laki yang macam sampah wajiblah bercerrai.

Kasihan anak tapi aku tahu, ada kuasa dalam solat hajat. Apa yang aku ada sekarang adalah pemberian Allah SWT.

Ada kebaikan untuk aku jadi ibu tunggal. Banyak nikmat lain yang aku kurang bersyukur. Moga anak ini jadi anak yang soleh solehah.

Bagi yang belum ada rezeki anak… Bersyukurlah kerana ada rezeki suami yang setia dan penyayang…

Reaksi Warganet

Felix Catus –
Pengajarannya bila dah kahwin, suami isteri nak buat hubungan kelamin tanpa protection biar dengan rasa cinta dan tanggungjawab , dapat anak nanti pun xde masalah.

Kalau suami isteri pun takde rasa sayang antara satu sama lain, dapat pulak anak. Masalah suami isteri pun tak setel, datang pulak tanggungjawab nak besarkan anak dan beri kasih sayang dekat dia. Kesian anak tu lahir tanpa kasih sayang, cuma dilahirkan atas semata mata nfsu mak ayah dia je.

Sally Suhaili –
Lelaki kalo nak lunaskn nfsu dia memang tak perlu perasaan sayang pun. Bukti nya sebab tu wujud pergol dan pelanggan pelcur. Fakta.

Perempuan pulak mudah pujuk hati bersangka baik. Mungkin puan ni fikir tanggungjawab sebagai isteri, fikir mungkin lepas hubungan intim suaminya (ex kini) boleh mula cintakan dia.

Tapi betul anak anak ni amanah berat. Bukti banyak kan confession ibu ibu perlu ‘me time’. Kadang kadang rasa burn out, kadang kadang burn out yang dibiar membarah jadi d3pression. Kadang kadang d3pression berakhir dengan bnuh membnuh.. nauzubillah. Kadang kadang masa burn out pun terdetik hati yang rasa tak mampu pikul amanah (anak2) ni lagi.

Jadi yang belum ada rezeki anak, jangan la rasa its the end of the world. Tuhan kan Maha Tahu. Dia tahu anda boleh hadap ujian tanpa anak lebih baik dari ujian ada anak. Jadi Dia tangguhkn zuriat anda.. vice versa.

Maka untuk kekalkan hidup tenang, jangan membanding bandingkan dengan orang lain dan jalani hidup seadanya penuh syukur..

Azie Azem –
Lebih mudah move on bila dia takde tuntut apa apa terutama anak, kalau anak tanya mana ayah, jawab aje dah bercerrai.

Anak anak zaman sekarang ni matang, nanti dia dah sekolah ramai aje kawan kawan yang dibesarkan ibu atau bapa tunggal. Ajar anak berdikari.

Waktu saya bercerrai dulu, anak saya 2,4 tahun. Bila pergi mana mana, orang tanya mana ayah, dia selamba jawab, mama dengan ayah dah bercerrai. Cuma nasib saya baik sebab aruwah concern dan sayang anak walau kami bercerrai.

Lebih mudah nak move on bila awak takde perasaan, at least awak tak dibuai rasa bersalah dan serba salah dengan emosi. Semoga tabah ye…fokus pada anak…

Farah Aziz –
Terima kasih puan confessor. Sebab bila baca kisah yang puan kongsi saya rasa bersyukur sangat.

Saya dah 4tahun TTC. Saya selalu down bila orang terdekat, ipar duai pregnant, dapat baby. Hati rasa seronok seiring rasa sedih. Tengok status kawan kawan semua berkisah pasal anak. Hati mana tak sayu.

Tapi bila baca ayat puan;

“Bagi yang belum ada rezeki anak… Bersyukurlah kerana ada rezeki suami yang setia dan penyayang…”
Terus saya bersemangat, rasa bersyukur walaupun belum dikurniakan anak, kami bahagia. Suami saya baik sangat.

Buat puan confessor, Allah itu sebaik baik perancang. Dia tahu bagi yang kita perlu, bukan yang kita hendak. Semoga puan kuat membesarkan anak anak.

Sumber – Orkid (Bukan nama sebenar) via IIUMC Kredit: edisimedia

0 Response to "“ABANG SAYA MENG̷ANDUNG”. SUAMI H̷ANYA B̷ALAS, PAD̷AN MUK̷A. AKU DAH TAHU EPIS0D Y̷ANG SAMA AKAN BERUL̷ANG"

Posting Komentar