“Dia seorang yang taat” -Bapa Adibah Noor tak tahu anak hidap kanser


Tengahari tadi, jenazah Allahyarham Adibah Noor telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat.

Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang semalam dan ketika itu barulah ramai yang mengetahui bahawa beliau sebenarnya menghidap kanser ovari tahap 4.

Menerusi laporan dari Mstar, bapa arwah, Mohammed Omar Zainal Abidin, 89 memaklumkan yang dirinya sama sekali tidak mengetahui anaknya menghidap kanser.

Jenguk di hospital, tapi tak beritahu sakit apa

Menurutnya, ketika datang melawat ke hospital, Adibah ‘mengunci mulut’ berkenaan penyakit yang dideritai sehinggalah allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir semalam.

“Anak saya nombor tiga tu… kalau Tuhan nak pilih dia, nak ambil dia, ambil la. Saya tak tahu (Adibah kanser ovari)… dia tak beritahu. Saya pergi hospital, dia tak beritahu pun,” katanya.

Reda pemergiaan anak, sifatkan arwah anak yang taat

Dalam pada itu, Omar yang kelihatan sugul meminta orang ramai tidak terus bercerita serta bertanya mengenai allahyarham memandangkan anaknya sudah pergi meninggalkannya. Warga emas berusia 89 tahun itu juga mengakui sudah reda dengan kententuan yang direncanakan oleh Allah S.W.T.

“Dah la tu, tak payah cerita banyak, orang pun dah tak ada,” kata Omar  lagi.

Omar yang masih berduka dan terlihat tidak bermaya sempat menyatakan yang penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu merupakan seorang anak yang taat serta pemurah.

“Dia seorang anak yang taat. Kalau ada yang kata dia kedekut, terpulang pada orang itu. Saya tak ada apa nak cakap, tak boleh panjang cerita… tak larat,” ujarnya.

Terdahulu, pemergian allahyarham yang pernah menyertai program nyanyian Gegar Vaganza tahun lalu telah ditangisi rakan selebriti yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang sangat pemurah kerana tidak pernah berkira jika keluar makan bersama.

Selain itu, allahyarham turut dipuji kerana membela kucing-kucing jalanan yang dibawa pulang ke kediamannya sehingga mencecah puluhan ekor.

Sumber: Mstar (Nur Asyikin Mayudin)

0 Response to "“Dia seorang yang taat” -Bapa Adibah Noor tak tahu anak hidap kanser"

Posting Komentar