Pemilik Pindah Rumah Tinggalkan Anjing Peliharaan Dengan Leher Terikat Sehingga Kurus, Mujur Ada ‘Kawan’ Baik Teman Dan Carikan Makan


Pemilik Pindah Rumah Tinggalkan Anjing Peliharaan Dengan Leher Terikat Sehingga Kurus, Mujur Ada ‘Kawan’ Baik Teman Dan Carikan Makan

Kisah bermula apabila ada seorang lelaki yang bersiar-siar melewati lorong rumah yang sudah lama tidak didiami dan mendengar salakan anjing sayup seakan berlagu nada sedih. Lelaki berkenapan menghampiri bunyi salakan anjing itu dan apabila dia masuk ke lorong itu , dia mendapati ada seekor anjing yang kurus kering sedang berdiri di sudut dinging. Namun yang mengejutkan, terdapat seekor lagi anjing disebelahnya namun seekor lagi anjing itu tidak bertali , mengundang teka-teki ia mungkin adalah seekor anjing liar .

Sayangkan anak sampai ke syurga , sayangkan haiwan sampai ke penghujung usia mereka .Itulah yang sepatutnya dilakukan terhadap semua jenis haiwan peliharaan . Dari kecil sehinggalah pengakhiran hidup mereka , mungkin kita yang ‘pergi’ dahulu atau mungkin mereka terdahulu mendahului kita. Namun tidak semua yang pada awalnya berasa sayang pada haiwan peliharaan mereka akan menjaga sehingga akhir usia , ada juga yang akan mula menyisir dan juga menghalau tatkala tidak lagi punya rasa cinta , rasa sayang terhadap haiwan yang mereka pelihara dan dianggap sebagai keluarga .

Itulah yang berlaku pada seekor anjing hitam ini apabila dia diusir dari rumah yang telah dia diami sejak kecil lagi .

Salah satu kaki depan anjing itu kelihatan cedera dan dia hanya mengangkat sepanjang masa, mungkin kecederaan pada tapak kaki.

Melihat keadaan anjing yang kurus itu , lelaki berkenaan berasa amat sedih . Dengan keadaan lorong itu yang telah lama tiada pengunjung, dan entah berapa lama pula anjing itu tidak makan .

Lelaki berkenaan berasa geram berfikir bagaimana tergamaknya seseorang boleh meninggalkan haiwan peliharaan kemudian diikat tanpa sebarang makan mahupun minuman. Mujur ada anjing liar yang membantu beri makan kawannya, jika tidak pasti sudah m4ti kelaparan.

Dari mata kasar melihat susuk tubuh , anjing itu seperti jenis Labrador Retriever. Tanpa membuang lebih banyak masa , lelaki berkenaan berpusing di lorong lain yang berpenghuni langsung bertanya jika mereka mengetahui keberadaan pemiliknya juga seekor lagi anjing liar yang disebelahnya itu yang menemaninya juga mencari dan memberi makanan buatnya.

Dapat dilihat anjing itu berusaha untuk terus hidup kerana tali pada anjing itu mempunyai banyak kesan gigitan. Dapat dilihat bahawa anjing itu terdesak untuk melepaskan ikatan itu berkali-kali namun tidak berjaya.

Lelaki berkenaan membawa pulang dan memberikan rawatan kepada dua ekor anjing berkenaan dan kini dialah pemilik baru mereka.

Nasib baik, akhirnya, lelaki itu melepaskan anjing itu, mengambil anjing itu, dan membawa anjing liar itu kembali bersamanya. Lelaki itu berkata dia tidak akan menyerahkan anjing-anjing itu ke tempat perlindungan, mereka sudah sangat menderita.

Dinasihatkan kepada pencinta haiwan, jika anda hanya mengambil pada awalnya kerana merasa untuk seronok dan kemudiaan jika tidak lagi berasa menyayangi mereka, janganlah sewenang-wenangnya mengusir mereka dari hidup anda . Kerana mereka haiwan yang setia . Fikir-fikirkan nasib mereka dijalanan kelaka setelah kebiasaan diberi makan,diberikan keselesaaan dan tempat tidur.

0 Response to "Pemilik Pindah Rumah Tinggalkan Anjing Peliharaan Dengan Leher Terikat Sehingga Kurus, Mujur Ada ‘Kawan’ Baik Teman Dan Carikan Makan"

Posting Komentar