Sayu.. Tak Mampu Nak Belikan Ubat Untuk Bayi, Pasangan Beredar Dari Klinik, Namun Di Tah4n 0leh Staf

 


Pada zaman sekarang, makin kerap berita-berita mengenai kesusahan hidup rakyat di negara kita terutamanya yang berpunca daripada pandemik. Terbaru, satu kisah tular mengenai pasangan suami isteri yang membawa bayi sakit, namun tidak mampu bayar ubat diperlukan dan mahu beredar.

Menurut saksi kejadian, Maidatul Baharuddin, 34, kejadian berlaku ketika dia membawa bapanya, Baharuddin Muda, 57, menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu, pada Khamis lalu.

“Saya pergi klinik sebab ayah sakit batu karang. Masa tu dalam pukul 10 malam. Masa tunggu ayah, saya dengar perbualan seorang wanita dengan petugas di sana.

“Saya dengar harga ubat tu dalam RM60 lebih. Dia tunjuk sekeping kad, tapi akak farmasi tu kata mereka tak terima kad tersebut. Saya difahamkan ia merupakan kad bantuan.

Maidatul (kanan) mengakui sedih mengenangkan nasib wanita itu dan bayinya.

“Saya tengok wanita tu pandang suami dia yang sedang dukung bayi mereka kat belakang. Kemudian akak tu kata dia tak nak ubat, sebab tak ada duit.

“Dia macam dah nak lari, tapi akak farmasi tu panggil. Akak farmasi kata dia tolong bayarkan ubat tu. Tak henti-henti dia cakap terima kasih,” imbasnya.

Mesra disapa Maidatul, dia mengakui sebak mengenangkan semula kejadian itu sebelum berkongsi mengenainya di laman Twitter.

Kata Maidatul, dia turut menawarkan diri untuk membayar kos perubatan wanita itu, namun ia sudah dilangsaikan oleh petugas pusat perubatan berkenaan.

“Saya sedih tengok mereka naik motor Honda lama. Ketika sampai giliran saya bayar ubat ayah, saya tanya petugas kaunter dan minta kira sekali kos ubat wanita itu dalam bil ayah.

“Tapi akak farmasi tu kata dia dah tolong bayarkan. Baik betul orangnya, saya harap mereka dimurahkan rezeki selalu.

“Anak wanita tu kecil lagi, macam bayi usia lebih kurang setahun. Anak sakit, naik motor malam-malam. Saya harap anaknya sihat.

“Ingatkan kita dah susah, rupa-rupanya ada orang lain jauh lebih susah. Saya harap kita semua peka dengan persekitaran dan sekeliling. Mungkin ada orang yang perlukan bantuan dan sokongan daripada kita semua,” ujarnya sebak.

Untuk rekod, kisah sedih yang dikongsi Maidatul di Twitter miliknya sehingga kini meraih lebih 8,000 ulang kicau

“Ingatkan kita dah susah, rupa-rupanya ada orang lain jauh lebih susah”._ Maidatul

Malah, ramai netizen turut menzahirkan rasa simpati dan sedih dengan nasib yang menimpa wanita itu serta bayinya.

Selain itu, netizen di Twitter turut memuji sikap petugas di situ sanggup menggunakan wang sendiri demi membantu wanita berkenaan.

Bercerita mengenai dirinya, Maidatul merupakan seorang perunding unit amanah, namun mula menjalankan perniagaan bunga tangan sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Tak Mampu Bayar Ubat, Pasangan Bawa Bayi Sakit Hampir Melarikan Diri Tapi Tindakan Spontan Staf Farmasi Ini Telah Membatalkan Hasrat Mereka

Kata Maidatul, dia menetap dan bekerja di Damansara, Petaling Jaya, Selangor, namun kini sedang berada di kampung kerana tidak sempat pulang sebelum sekatan perjalanan antara negeri dilaksanakan oleh kerajaan.

“Saya mulakan bisnes sebab dorongan kawan dan desakan hidup pada masa itu. Nak jumpa dengan client tak dapat, jadi saya kena buat sesuatu.

“Hidup mesti diteruskan. Jadi berbekalkan minat yang ada, saya buka bisnes online. Tapi tetap struggle, sebab ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kenduri kahwin pun tak boleh buat.

“Masa tu saya sedikit kecewa. Tapi Alhamdulillah, bila ada kebenaran kahwin di pejabat agama, saya masih ada customer, ” ujarnya pemilik bisnes bungatangan.cantik itu.

Sumber:ArenaGempak

0 Response to "Sayu.. Tak Mampu Nak Belikan Ubat Untuk Bayi, Pasangan Beredar Dari Klinik, Namun Di Tah4n 0leh Staf"

Posting Komentar