SEKELIP M̷ATA JADI ANK Y̷ATIM, BUD̷AK IIMA TAHUN MEIIHAT LBUNYA DITIIK̷AM SHINGG̷A M̷ATI OIEH BAPA DEP̷AN M̷ATANYA SENDIRI


Tergamam. Begitulah perasaan yang dialami seorang kanak-kanak lima tahun ini apabila ibunya ditikam berkali-kali hingga mati oleh ayah kandungnya sendiri.

Lebih memeritkan, tragedi pembunuhan ngeri yang berlaku di Kampung Selaawi, Garut di Jawa, Indonesia itu disaksikan di depan matanya sendiri.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN DI BAWAH SEKALI

Mangsa, Mimin, 24, ditikam menggunakan gunting di bahagian leher, paha dan punggung oleh suaminya sendiri, Andi, 27, hingga cedera parah dan meninggal dunia.

Manakala sejurus kemudian, Andi pula didakwa cuba membunuh diri dengan mengelar leher dan nadinya, namun tidak berjaya apabila ditahan polis tidak lama selepas itu.

Ketua Polis Garut, Wirdhanto Hadicaksono berkata, punca suspek (Andi) bertindak kejam sedemikian adalah kerana masalah kewangan yang mereka hadapi.

“Motif utamanya menurut keterangan saksi adalah faktor ekonomi yang dialami mereka sejak kebelakangan ini.

“Suami tersebut (bertindak) menghempas kepala isterinya ke tembok dan kemudian sempat melakukan tikaman sebanyak lima kali,” katanya, memetik laporan Tribun.

Dalam pada itu, Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Garut, Puja Turnawan berkata si ibu yang malang itu terkorban meninggalkan dua orang anaknya yang masih kecil.

Jelas Puja, pembunuhan tersebut mengakibatkan kanak-kanak berkenaan menjadi murung dan perlu mendapatkan rawatan segera.

“Kami tengok tadi, dia (anak mangsa) ada adik yang masih berusia 14 bulan. Kami akan cuba memikirkan bagaimana kedua-dua anak ini untuk hidup tanpa bayang-bayang trauma nanti.

“Kami akan dorong pusat kesihatan untuk menghantar ahli psikologi (dalam kes ini) bagi membantu pemulihan mentalnya,” katanya.

Sementara itu ayah mangsa, Edi Junaedi berkata, cucunya itu ada membuat panggilan video dan kerap bertanya tentang kepulangan ibunya, pada hari yang sama mayat ibunya sedang dibedah siasat di hospital.

“Katanya, ‘bila mama pulang…’, semalam semasa saya menunggu di hospital, dia buat video call dan tanyakan ibunya. Dia saksi langsung saat kejadian,” katanya.

Menurutnya, si cucu itu pernah mengadu kepadanya tentang sikap ganas ayahnya (Andi) yang kerap mengasari ibunya, namun dia tidak mengambil endah pada awalnya sehinggalah pembunuhan itu terjadi.

Andi kini sedang dirawat di hospital ekoran kecederaan yang dialami semasa cubaan membunuh diri. Kesnya diklasifikasikan sebagai jenayah membunuh dan perbicaraan serta hukumannya akan bermula setelah dia sembuh kelak.

Video:

Sumber: Siakap Keli, Tribun News

0 Response to "SEKELIP M̷ATA JADI ANK Y̷ATIM, BUD̷AK IIMA TAHUN MEIIHAT LBUNYA DITIIK̷AM SHINGG̷A M̷ATI OIEH BAPA DEP̷AN M̷ATANYA SENDIRI"

Posting Komentar