Dua kanak-kanak m4ut manakala dua lagi ceder4 tert1mbus tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi.
Mangsa Norain Jaziz, 11, dan Isa Sabri, 2, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), manakala Siti Nur, 28, p4rah patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, ceder4 ringan di kaki menerima rawatan h0spital sama .
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu 8.26 malam tadi.
Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecem4san (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.
Terdapat empat m4ngsa terbabit dalam kejadian itu dengan tiga daripada mereka tert1mbus tanah dan pokok, manakala satu lagi ceder4 di kaki,katanya, malam tadi.
Menurut kenyataan itu, seorang m4ngsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
Dua lagi m4ngsa perempuan termasuk seorang kanak-kanak yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan orang awam.
M4ngsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan ambulans.
Dua kanak-kanak disahkan men1nggal dunia di h0spital manakala dua lagi m4ngsa yang cedera kini menerima rawatan, katanya.
Katanya lagi, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain terbabit operasi ditamatkan kira-kira 10 malam tadi.
Semoga kedua dua keluarga ini tabah kehilangan anak anak tersayang dalam tragedi yang menyayat hati itu. Al fatihah.
0 Response to "Adik Norain & Bby Isa maut tertimbus, ” Kejadian tanah runtuh malam tadi ”"
Posting Komentar