“Kiki, Kakak & Mama Sayang Papa…,”- Bapa Pelakon Remaja, Fikry Kiki Meninggal Dunia


“Kiki, Kakak & Mama Sayang Papa…,”- Bapa Pelakon Remaja, Fikry Kiki Meninggal Dunia

Bapa kepada penyanyi dan pelakon remaja, Fikry Kiki, Fuad Bukang meninggal dunia kira-kira jam 2 petang Jumaat.

Allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kajang dan selamat dikebumikan malam tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh Fikry menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Assalamualaikum semua, minta jasa baik anda semua untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya Fuad Bin Bukang yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Kajang pada pukul dua petang tadi (Ahad),” tulisnya.

Menerusi entri berasingan, pelakon drama, Salam Squad ini turut membuat permohonan maaf andai arwah bapanya itu ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.

“Kiki, kakak dan mama sayang papa. Saya bagi pihak arwah ingin memohon maaf sekiranya arwah pernah terguris, terkasar, tersilap kata selama arwah bernafas.

“Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, rakan selebriti yang juga merupakan pelakon, Rykal turut memberikan kata-kata semangat buat sahabat baiknya itu

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Urusan pengkebumian Uncle Fuad Malam tadi pun berjalan lancar. Harapnya kau terus kuat Ki. InsyaAllah Ki, lepas ni macam papa dan Uncle Ridz cakap, kalau lepas ni ada apa-apa bagitahu je.

“Bukan papa dan Uncle Ridz je, ramai lagi yang akan support kau. Kawan-kawan kita pun ramai. Aku tahu kau perlukan kekuatan untuk meneruskan perjalanan kau.

“Tapi percayalah, Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Sama-saka kita doakan agar arwah Uncle Fuad tenang di alam sana,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut mendoakan semoga arwah bapa Fikry ditempatkan dikalangan orang beriman.

Terhadulu, arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

0 Response to "“Kiki, Kakak & Mama Sayang Papa…,”- Bapa Pelakon Remaja, Fikry Kiki Meninggal Dunia"

Posting Komentar