Pasangan yang ditahan polis baru-baru ini atas dakwaan menghina Islam dikatakan meminta dana umum bagi membolehkan mereka diikat jamin.
Minta dana nak bayar ikat jamin
Menerusi laporan dari Malaysiakini, pasangan kekasih, Siti Nuramira Abdullah, 26 dan Alexander Navin Vijayachandran, 38 terpaksa menggunakan kaedah ini untuk membayar wang ikan jamin sebanyak RM40,000 kerana kekangan kewangan bagi membayar jumlah yang agak tinggi.
Setakat ni RM3,000 sudah diterima
Peguam mereka, Peguam R Sivaraj juga berkata, setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 yang dikumpulan hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.
“Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing.
“Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin,” katanya.
Dalam pada itu, peguam berkenaan juga menyatakan yang mereka masih mencari platform yang sesuai untuk memudahkan urusan pemulangaan semula sumbangan penderma yang bermurah hati selepas kes ini selesai.
Terdahulu, pasangan kekasih itu ditahan susulan satu persembahan komediri di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur tular apabila wanita berusia 26 tahun itu membuka baju secara tiba-tiba.
Lebih membuatkan warganet serta banyak pihak marah adalah pengakuan wanita itu yang merupakan seorang Muslim dan menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum kejadian membuka baju itu berlaku.
Dia dan pasangannya telah ditahan reman untuk membantu siasatan selepas video-video mereka tular di media sosial.
Sumber: Malaysiakini (Hidir Reduan Abdul Rashid)
0 Response to "Pasangan ‘pelawak’ mohon dana awam untuk bayar ikat jamin RM40,000"
Posting Komentar