Pelakon dan penyampai radio , Sharifah Shahirah atau lebih mesra dikenali sebagai Shiera berkongsi khabar duka apabila bapa mentuanya, Dato’ Abd.Rahman Abu Bakar telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.50 pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Memaklumkan Sendiri
Berita itu dikongsi sendiri oleh Sharifah Shahirah menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Ingin melihat bahawa suami kepada mak mentua telah meninggal dunia di PPUM. Semoga ditempatkan orang-orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Dato Rahman. Al-Fatihah..”- Tulisnya.
Rakan Selebriti & Netizen Beri Ucapan Takziah
Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen memberikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh bapa mentuanya berada di kalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah kak @shieraijoy dan Datin Maria.”-Azza Elite
“Salam takziah buat Datin, Kakak n Abg Ijoy sekeluarga.”-Haiza Hanafi
“Innalihiwainnailahirojiun.”-Sheila Rusly
“Salam takziah kak shiera n abg ijoy al fatihah.”-Almy Nadia
“Salam Takziah Buat Datin Maria, @shieraijoy & @ejoyazari . Al-Fatihah (Dibaca) .”-Zalif Sidek
Kami di MEDIA ONLINE mengucapkan salam takziah buat Sharifah Shahira sekeluarga. Sama-sama kita doakan agar roh bapa mentuanya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah…
-SUMBER:SharifahShahirah/murai.my
0 Response to "Salam Takziah Kak Shiera Dan Abg Ijoy – “Al-Fatihah”"
Posting Komentar