Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan komen-komen netizen tentang inai jenama Nunha keluaran selebriti terkenal Neelofa yang dikatakan berwarna kehitam-hitaman seperti lebam.
Walau bagaimanapun, warna sebegitu tetap mempunyai peminat tersendiri dan tetap mendapat sambutan kerana terlihat mudah digunakan.
Giat mempromosikan jenama inai tersebut, Neelofa sempat menjawab beberapa soalan daripada warganet berkenaan status selaput inai atas kuku dan tahap penyerapannya yang mungkin diragui oleh beberapa pihak.
Sedang tunggu sijil HALAL & SIRIM
Dalam Insta Story yang dibuat Neelofa, dia telah berkongsi sedikit penerangan yang ditulis oleh pengguna media sosial berkenaan isu tersebut.
Dia juga menyatakan yang inai keluaran syarikatnya sedang dalam proses mendapatkan sijil HALAL dan SIRIM bagi meyakini orang ramai terutamanya golongan wanita untuk tidak bimbang dengan produk mereka.
Neelofa turut berkongsi tangkapan layar penjelasan daripada soalan-soalan warganet yang bertanya tentang berkenaan sah wuduk ataupun tidak inai keluarannya.
Jadi, pengguna media sosial yang juga seller inai Nunha itu telah menjelaskan serba sedikit berkenaan inai terbabit yang sememangnya halal.
“Jangan senang2 kata tak sah solat”
Ramuan semua ada ‘certificate’ halal
Isteri kepada pendakwah selebriti itu juga memuat naik beberapa sijil HALAL bagi ramuan-ramuan yang digunakan untuk memproses inai Nunha untuk meyakini orang ramai berkenaan kebersihan serta kehalalan produk keluarannya.
Tambahnya, dia akan berkongsi lebih banyak info-info berkenaan inai tersebut demi meyakinkan pembeli supaya tidak tertipu dengan berita-berita palsu yang memburukkan jenama inai keluaran syarikat miliknya.
Bekas pengaca Meletop itu turut memaklumkan akan membawa ‘pakar’ untuk menjelaskan semua info tentang inai Nunha dalam masa terdekat kepada media dan juga ‘reseller’ produk terbabit.
Sumber: Instagram Neelofa
0 Response to "Inai sering dipertikai, Neelofa tegaskan sedang tunggu sijil HALAL & SIRIM"
Posting Komentar