“Saya bertudung kerana Allah. Tetapi bila rezeki saya semakin mµrah, ia buat saya lebih bersemangat untuk kekal istiqamah” – Kilafairy Tekad Istiqamah


Setiap orang mempunyai fasa hidup dan ujian yang berbeza. Namun apa yang penting adalah apabila kita berubah ke arah kebaikan.

Begitulah yang dapat disimpulkan dengan penghijrahan pelakon dan penyanyi yang pernah mendapat gelaran Angelina J0lie Malaysia kerana imej sɛksinya pada suatu ketika dahulu.

Namun tidak adil rasanya untuk menilai Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, kerana wanita berusia 29 tahun itu kini lebih matang dan sejµk mata memandang.

Memilih untuk tampil bertudung sejak 2 tahun lalu, Kilafairy berkata, dia tidak pernah sama sekali memikirkan tawaran kerja akan berkµrangan.

Sebaliknya, dia merasakan rezekinya kini semakin mencµrah-cµrah.

“Bila saya buat keputusan untuk bertudung, saya tidak terfikir kalau tawaran kerja saya akan berkurangan.

“Saya bertudung kerana Allah. Tetapi bila rezeki saya semakin murah, ia buat saya lebih bersemangat untuk kekal istiqamah. Perbuatan baik, Allah akan balas baik,” katanya ketika ditemui pada majlis Ulang Tahun Pertama RR Monoscarves yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bersempena meraikan ulang tahun pertama RR Mono Scarves, Kilafairy menjadi antara tujuh selebriti dilantik menjadi inspirasi bagi koleksi tudung ini.

Selain Kilafairy, antara lain adalah Ziana zain, Izara Aishah, Aina Abdul, Amyra Rosli, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya.

Dalam pada itu, tambah Kilafairy, sebagai manusia biasa, dia juga tidak terlepas berdepan dengan ujian, berlawan dengan iman.

“Saya pun manusia biasa, berlawan dengan iman, ada masa turun dan naik. Sebab itu malas nak cerita lebih-lebih takµt nanti tiba-tiba terhenti.

“Cuma saya boleh cakap saya dah buat sehabis baik. Saya rasa, cara saya mendapat hidayah itu membuatkan saya takµt untuk membµka tudung,” katanya yang memilih untuk enggan bersentµhan dengan pelakon lelaki dalam drama.

JANJI.

Sementara itu, menyentµh soal perancangannya untuk menamatkan zaman bujang, Kilafairy selesa memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadinya.

“Saya tak mahu bercerita mengenai kehidupan peribadi saya. Kalau ada yang mendakwa mengenai saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini, kita aminkan sahaja.

“Andai kata saya akan berkahwin nanti, saya akan kongsikan dengan peminat dan juga rakan media.

“Cuma buat masa ini, saya tidak mahu cerita peribadi melebihi kisah kerjaya saya. Kalau boleh biarlah orang tahu mengenai kerja sahaja.

“Bila tiba masanya, saya akan berkongsi juga. Itu janji saya,” ujarnya menutup perbualan.

Sekadar info Syakila Nisa binti Jahangir Khan (lahir pada 17 Mei 1992) atau lebih dikenali sebagai Kilafairy merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia dan merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal, Rohana Jalil.

Sumber SinarPlus

0 Response to "“Saya bertudung kerana Allah. Tetapi bila rezeki saya semakin mµrah, ia buat saya lebih bersemangat untuk kekal istiqamah” – Kilafairy Tekad Istiqamah"

Posting Komentar